Thursday, April 29, 2010

Manisnya seperti madu


In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful

" Tiada sesuatu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh" (Umar Al-Khattab r.a.)

Sesungguhnya ukhwah sesama islam, satu akidah, satu tujuan iaitu menuju dan keranaNYA amat indah. keindahanya kadang2 tidak mampu dirungkai dengan kata2, ditunjuk dengan jelas perbuatan kasih sayang namun cukuplah perkongsian air mata kala susah mahupun senang disamping melaksanakan sesuatu kerana yang maha Esa.

Sangat cocoklah dengan kisah selepas peerangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan 2H, Islam mencatat sejarah dengan mendapat kemenangan yang pertama dalam peperangan. Selepas kemenangan berlakulah syura di antara Rasululah s.a.w dan para sahabat. Rasulullah saw meminta pandangan para sahabat untuk memberikan cadangan mengenai hukuman yang akan dikenakan kepada tawanan perang.

Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat, dan 2 org sahabat besar, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah memberikan pendapat.

Pendapat Abu Bakar : Lepaskan tawanan yg mampu membayar tebusan dan tawanan yang tak mampu bayar tebusan perlu mengajar anak2 org Islam.

Pendapat Umar : Bunuh semua tawanan kerana mereka syirik dan menidakkan kebenaran dakwah.

Rasulullah berbincang dengan para sahabat mengenainya dan bersetuju dengan cadangan Abu Bakar.

Malamnya, Rasulullah mendapat wahyu daripada Allah menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."



Selepas turunnya ayat tersebut maka menangislah Abu Bakar kerana merasakan bersalah memberikan cadangan yang kurang tepat. Melihatkan keadaan Abu Bakar yang menangis, maka menangislah Rasulullah disebabkan penerimaanya terhadap cadangan Abu Bakar. Umar yang berada di situ tidak tertanggung lagi kesedihannya maka merembeskan air mata menanggung kesedihan bersama. Walaupun Umar terkenal dengan pewatakan tegas namun cair hatinya melihat sahabat yang dicintai dirundum kesedihan.

Maka melalui sirah kita dapat mengambil ibrah bahawa betapa suci serta kukuhnya ukhwah Rasulullah bersama para sahabat. Saling mencintai kerana Allah. Saat gembira mahupun duka dikongsi bersama. Semoga kita dapat merasai kemanisan ukhwah seperti itu. Sesungguhnya berukhwahlah kerana Allah kerana di situ letaknya tahap keimanan seseorang. Akhir kalam HablumminALLAH HablumminanNAS.

No comments:

Post a Comment